Want your
own Fotopage?








 
azwin's FotoPage
[img]http://farm4.static.flickr.com/3005/2987292473_e2141ab999_m.jpg[/img]
By: Mummy Faheem

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Feb-2012 03:30 Email | Share | | Bookmark
BuKan DiSiNi...

Officially...
*
*
*
*
*
*
*
Saya akan berpindah ke "rumah" baru yg kedua

Jumpa di sanaaaaaa.....

http://teduhkasih.blogspot.com

udah pindah 'umah' baru erk...tak update cni lagi ke.. Wed 4-Feb-2009 06:05
Posted by:adzlieza
ak ah
pindah "rumah baru" lagik
fp ni wat kenag2an, selagi ia boleh di bukak dan di view
Thu 5-Feb-2009 06:52
Posted by:mummy faheem  - [Link]
Add comment


Tuesday, 26-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
HinGgA DetiK Ini...version II






Izinkan saya mem"blues"kan diri seketika..
sdg berkemas2 brg2 ...saya terjumpa sekeping kad dari suami...
tersentuh hati utk kali yg entah ke berapa...dengan kata2 ini:

Quote:
A loving thank you to my wife
because i feel so good about my self when i'm with you
because i trust and count on you to help me see things through
because you understand my moods and accept me at my worst
because you try to give support and put my feelings first
because of how you care and live
i give you all i have to give
with love for all you are to me
and everything you've helped me be...


Kemudian...izinkan pula saya berpoyo seketika kerna syok sendiri dgn pujian suami
hahahahah

-mummy faheem 30 okt 2008-


tahniah...semoga berkekalan la yer...salam kenal dari ct @ cinta di love lane... Thu 31-Jul-2008 10:35
Posted by:cinta(ct)  - [Link]
salam ukhuwah eimanaliff NORTHERN WEDDING PHOTOGRAPHER Wed 12-Nov-2008 23:47
Posted by:eiman aliff  - [Link]
Moga berbahagia hendaknya!! Tue 2-Dec-2008 02:33
Posted by:nazry  - [Link]
Add comment


Thursday, 29-Jan-2009 02:48 Email | Share | | Bookmark
MaTa Hati JiWa...

Alhamdulillah

Selamat berpindah ke Teduhan Kasih, No 22, Jalan Behor Indah 3, Taman Behor Indah Kangar Perlis

Kepada rakan2 seperjuangan, nanti saya jemput ber"rumah panas" di rumah saya yer
InsyaAllah...

Living room



Dining room



Kitchen--------> opsss..sila abaikan kabinet yg tidak berpintu itu...tukang kabinet mahu raya so dia tak sempat pasang pintu, sudah mau makan limau dan bakar mercun serta tgk tarian singa..hehehe



Dressing room



Tak -siap-kemas room...



**banyak lagik tak siap kemas, tak siap hias, tak siap touch up
segan nak tunjuk kat sini tp sbb pas ni nak construct "rumah" baru yg kedua...so bubuh jugak la gambar2 tak semenggah ni

nak join rumah panas jugakkkk Fri 30-Jan-2009 11:58
Posted by:puya  - [Link]
lupa nak cakap..cantikla dinning table awin...suke2 Sun 1-Feb-2009 15:09
Posted by:puya
Add comment


Sunday, 25-Jan-2009 02:10 Email | Share | | Bookmark
TeDuHan KaSiH



Rumah impian ini
Kami telah membuat final decision
Untuk memberi "nama" yg cukup indah kepadanya

Secara rasmi
Ia adalah........

"TEDUHAN KASIH"

~sebuah tempat teduhan untuk kami sekeluarga, tempat untuk kami membina ikatan kasih sayang, memupuk kasih sayang, mencurahkan kasih sayang kepada anak kami (dan mungkin anak-anak kami, next time ), dan juga kasih sayang bersama ahli keluarga yg jauh dan dekat, sahabat2 seperjuangan, jiran2 tetangga dan sesama saudara Islam...~

Quote:
Schedule:

1 Jan = basuh rumah buat kali pertama
3 & 4 Jan = pasang lampu-lampi dan kipas-kipasan
17 & 18 Jan = cat
20 Jan = pasang grill ( dan kalu cukup sen pasang kabinet)
21 Jan = basuh rumah lagik sekali
23 Jan = masuk perabot2 murahan dari kedai
25 Jan = angkat dan angkut barang dari TSI ke TBI...insyaAllah officially berpindah

semoga segalanya berjalan lancar
walaupon agak kelam kabut, kena plan betul2 sbb kekangan waktu encik suami yg hanya hujung minggu je dpt tolong sama2 follow up...tapi hopefully semuanya akan ok


Rumah telah di cat





Semua guna Vinyl Silk, cat yg licin dan boleh dibersihkan kalo ada kekotoran.Amik yg bancuh dan ada juga yg tak yah bancuh...guna basic kat katalog sajer...

Kami (terutamanya saya) telah memilih untuk guna cat Colourland sbb ia buatan Malaysia dan juga sbb ini:



Model dalam katalognya adalah idola anak teruna saya
Dr Sheikh Muzaffar Shukor
kukeh kukeh...(pinch...adoiii....!!!!) kena cubit dengan encik suami...hahahah

Basuh rumah baru (rumah baru nak duduk, bukan rumah baru siap )


Pasang lampu dan kipas

mmg nak tempah board tulis TEDUHAN KASIH tapi...tak jupe lagi kedai mana nak wat gitu..hehehe.kena beli kayu, ukir seniri kot...hahahahah Tue 20-Jan-2009 02:50
Posted by:bakal penghuni Teduhan Kasih  - [Link]
tempah kat kedai wat no plat keta... Tue 27-Jan-2009 07:31
Posted by:puya  - [Link]
selamat berpindah ke umha baru..moga umah baru ni memberi lebih makna utk u n family... Wed 4-Feb-2009 06:04
Posted by:adzlieza
View all 6 comments Add comment


Saturday, 24-Jan-2009 00:36 Email | Share | | Bookmark
BeRjUta WaRna PelAngi Di DAlam Hati...

Entry khas utk rumah No 7 Jalan Sri Idaman 3 Taman Sri Idaman



Seingat saya, tarikh pertama sy menetap di rumah ini, 13 Sept 2005
Berbekalkan 2-3 bijik beg baju, sekeping tilam bujang dan beberapa aksesori tambahan sy memulakan hidup dirantau org
Rumah ni sy share dgn Azura, staf dari skull computer yg awalnya sy tak kenal langsung pon,hihihi kira gamble abih la ni…
Masa tu rumah yg beliau sewa seorang diri ni pon tak de apa2 brg , hanya ada brg2 dlm bilik beliau dan sebijik meja lipat wane merah dan 2 bijik kerusi merah,sehelai tikar berwarna hijau… itu sahaja.Sewa pulak rm250 per month
Lepas tu, 6 bulan kemudian saya bernikah dgn pasangan saya (giler skema ayat) dan kebetulan Azura pon further stadi di UM…saya tak halau dia tau,mmg dia akan further stadi…so duduk la saya sorang di rumah tu

Errmmm..penghijrahan saya ke rumah baru nanti dan meninggalkan rumah ni setelah menetap hampir 3 tahun 2 bulan, mmg agak melankolik utk saya.Byk kenangan terindah di sini…

Dari zaman saya single, smpi dah jadik double dan skrg triple
Dari zaman tak de anak smpi anak dah sorang ( lum anak dua lagik)
Dari zaman beg baju 2-3 bijik dan sikit aksesori smpi dah jadik berbijik2 beg baju, kotak, katil, meja, kerusi, almari, blaa blaaa..

Tapi yg tersangat indah tentulah kenangan utk si comel saya

Disinilah dia bersama saya selama 9 bulan (bulan yg ke 10 sy dah bercuti, hehehe), di dalam kandungan
Disinilah dia membesar , berdua bersama mummy dia, dengan ayunan buai, dodoian
Disinilah saya menyaksikan percubaan dia utk meniarap
Disinilah makanan pertama dia saya masak ketika usia dia 4 bulan
Disinilah juga saya sokong belakang badannya ketika dia mahu belajar duduk sendiri
Disinilah terdengar sorakan sokongan moral yg tidak berbelah bagi utk dia tatkala dia mahu memulakan rangkakkan pertama dia sempena Hari Ibu, 11 mei 2007
Disinilah first step dia yg saya tunggu2 (rugi sgt2…saya lupa tarikhnya bila, yg pasti ianya sebelum dia mencecah usia setahun)
Disini saya dihiburkan dgn tawa, tangis,keletah dan aksi2 manja dan nakalnya
Dan
Disini juga tempat saya melihat pembesaran anak saya, dari satu ke satu perubahan, melihat dia jatuh dan bangun, memujuk tatkala dia menangis, dan sering juga memarahinya bila dia buat perangai( suara saya boleh sampai lingkungan radius empat dan lima buah rumah berdekatan)
Tak lupa jugak
Disinilah juga menjadi saksi tangisan dan air mata saya
Kalau dulu, sendu berjauhan dari suami
Seringkali juga rintihan bila sakit2 biasa utk ibu hamil, alahan2 awal kehamilan, tak kurang juga kejang kaki, sakit belakang, sakit perut
Penah juga seketika, hiba berjauhan dari sang anak
Dan suatu ketika juga, esakan di tengah malam tatkala si kecil mengejutkan lena langsung saya tak tidur sampai pagi, hehehe.Lalu pegi keje dgn mata sembab dan bengkak
Disinilah juga dicoret episod2 saya bersengkang mata, mendodoi si anak, melagukan zikir2, nasyid2 dan juga lagu kanak2

Hurmmm…saya pasti rindu akan kenangan2 terindah ini
Hijrah ini mungkin ruang utk saya dan 2 hero F mencipta kenangan2 terindah yg lain pula…

Cuma ada sesuatu yg mungkin paling seronok dan lega utk saya ialah…tiada lagi bunyi bising yg dikeluarkan oleh jiran2 saya, tak kira yg tua atau yg muda.Harap2 rumah baru nanti akan lebih harmoni dan tenang…insyaAllah…


Add comment


Sunday, 18-Jan-2009 01:50 Email | Share | | Bookmark
BuKaN UnTUk SeSaaT CuMa...

Special dedication to my beloved parents
On their 36th anniversary

I love you
and
I miss both of you so much...







*** ikatan suci = perkahwinan bukan untuk sesaat cuma, tapi untuk selama-lamanya hingga ke akhir nafas yg ada

***apabila manusia gagal mencintai Tuhannya,maka cinta sejati tidak akan ditemuinya

***Bekerja dengan rasa cinta itu bagaikan menenun kain dengan benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya kelak.

***Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Add comment


Tuesday, 13-Jan-2009 01:58 Email | Share | | Bookmark
AlaT- BanTu-LiHat




Ini ler yg daku dambakan selama 17 hari 16 malam…Letih dowh nak tgu menda ni siap…lama giler..giler pon tak lama cam nie…Bijik mata pon dah rasa cam nak tercabut je, pedih bila kena ekon…sungguh diriku tak sesuai memakai contact lens..pastu bila pakai contact lens, kena jadik mummy yg baik…tak leh jegil2 bijik mata kat anak teruna lagi…sia2 je tercabut keluar lens tu (boleh ker cam tu??imaginasi tinggi sgt)

Memula pakai , cam pelik je tgk muka seniri.Dah macam Nyonya Mansor dalam pilem Ibu Mertuaku (a.k.a pilem Kasim Selamat)…then kat dalam kete, pas kuo dari Focus Point Tesco Mergong, dan dan tu jugak snap gambo dan MMS kat encik babah…encik babah seperti biasa, puji je ler..”cantik je bie tgk”..ayoookkk…kalo tak puji kang merajuk lagik 17 hari 16 malam..mau kurus sang arjuna ku iteww……so kena ler puji jugakkan??hahahah…kang nyesal lak..kuikuikui

Then , masa nak pegi keje esoknyer, anak teruna duk sebut “tantik…tantik”…tu diaaaaa…pandai puji mummy jugak tu…YOU MMG ANAK BABAH LER FAHEEM…good boy!!!!!!

***Para pembaca sekelian, sila muntah ijau dgn sketsa dia atas…

Kronologi spek yg saya miliki…

Fes time pakai wat spek masa Form 1, kami 3 beradik mmg kaki-rabun (ada ke term begini???)…seawall Form 1 kami akan mula tidak-nampak-jarak-jauh…mak kata sbb suka tgk tv sambil baring dan suka study (err…. baca novel, majalah) dalam gelap.Tu sbb rabun…

So spek pertama saya ialah masa Form 1 tapi yg pakai kekal nye ialah masa Form 4 .Masa Form 3 saya tuko spek lagik, sbb spek 1st tu patah…mak saya ter patahkan masa dia cuba nak betulkan…hureii…dapat spek baru secara tak sengaja…

Then spek ke 3 masa Form 5, ntah minah mana ntah pegi pjak spek saya kat surau, masa tgh solat..huhuu..nangis2 masa tu sbb tak de duit nak pegi buat yg baru, hari cuti pulak tu, mana bank bukak kan nak cekau duit (dulu tak de kad ATM, kuo guna buku bank)…so pinjam la duit cikgu homeroom, mummy Zaida…hiphip hurey dapat outing pada hari yg tidak sepatutnyer…giler vogue sgt masa tu rasa, sbb buat spek bingkai gold, then lens dia kaler pink…sgt comel je rasa masa tu (perasan.. )

Pastu saya wat spek ke 4 masa 1st year kat USM..wat kat Super Kinta…yg ada clip on punya gitu…Kali ni wat spek bukan sbb pecah, patah atau cedera, tp sbb duit loan MARA masuk dan power rabun makin memudaratkan bijik mata dan ganggu nak study…(wochehhhh)

Then, masa keje kat UiTM, spek wat hal lagi…patah frame tp lens dia elok…so saya beli frame aje dan “paksa” org kedai tu suh potong lens agar muat masuk dlm frame…selamat sekecheng i…

Lagik sekali, kecederaan spek berlaku…ada makhluk berkaki saiz 9 telah ter-pijak spek saya, masa saya tgh solat dalam bilik yg gelap, sbb dia tak nmpk kewujudan spek saya di situ...tu ler sapa suh solat dlm gelap...aduiii...giler rasa nak marah...dah ler malam tu nak naik bas lek ke Kangar...malu ler wei nak pakai spek retak ni naik bas...

Yg latest, kecederaan spek akibat kesilapan seniri pulak...hehehe...lalu dapat ler spek baru ni, setelah tgu lama separuh azab, bertekak ngan tokei Focus Point 3 kali...hehehehe So ni spek saya yg ke 7 dalam masa 17 tahun....................................................


wahhh spek baru nampakkk Tue 13-Jan-2009 12:27
Posted by:puya
Add comment


Monday, 29-Dec-2008 07:38 Email | Share | | Bookmark
akU Mahu...

Suatu hari
Encik Babah a.k.a Bie bertanya pada saya

"Teringin nak pergi ke mana?"
Saya membalas; "Cuti-cuti keluarga sin chan ke?" sambil sengih2..

Babah balas.."Iya..."

"Wah..babah mahu belanja ker?"

"Ak ah...dah 4 tahun keje, tahun ni bonus paling banyak, setakat ni...alhamdulillah...tahun2 depan tak tau lg mcm mana...so peluang ada ni kita merasa dulu la"

"Sukerr...."

ermmm..pikir punya pikir...saya memilih satu tempat...tp kemudian pikir-pikir lagi...

Saya teringin ini...



Selanjutnya, kami surf internet...tentang cost, dan apa yg ada di dalamnya

Tiba2 rasa cam susah hati, tak sedap hati...tentang cost, insyaAllah masih dlm bajet bisa dibincang dan di atur
Tapi...masalah paling utama:
- HALAL kah makanan di dalam tu
-Tengok gambo2 kat website, blogs, fp's org2 yg penah naik, cam tak berapa "suci" je rasa tempat tu, hehehehe
-Rasanya akan "banyak" aktiviti PERJUDIAN di dalam tu sbb musti ada casino kan?
-"Bie, kalo menda ni karam mcm TITANIC, ngan kita2 sekali karam bersama2 mesin JUDI tu"...tak mo arrrrrrrr

Lalu, kami bersepakat mahu ke tempat yg saya pilih mula2 tadi
Tapi encik Babah masih bagi option utk saya pilih lagi
Ayuhhhhh...kita pilih...
Err...ada apa2 cadangan ???

Bali @
phuket la Awin....
Wed 31-Dec-2008 13:46
Posted by:suria  - [Link]
huhuh
puya, hajat di hati mmg mahu ke belah2 Indon tu
kehkehkeh
Belah2 Siam next vacation kot
Fri 2-Jan-2009 03:49
Posted by:mummy faheem  - [Link]
kira jadikla pi bali ek...hehehe best2..mana tau faheem dapat adik made in bali....jangan mare hihihih... Sat 10-Jan-2009 08:13
Posted by:puyaa
Add comment


Thursday, 25-Dec-2008 02:29 Email | Share | | Bookmark
1T + 3B mY LiTtlE hErO

Budak masham nie dah 15 bulan dah usia nya
makin cheeky, makin cerdik, makin banyak keletah...kadang2 rasa nak marah tapi lebih kepada menghiburkan...



-makin pandai nak ikut apa org buat
-dah pandai berlari, berjalan mengundur...mana belajar ntah la
-berlari setempat pon suka sgt...dah macam KaberHero KaberZero je mummy tgk, hihihih
-sgt kuat jeles, kalo babah peluk mummy dia marah...tarik tangan babah, kalau mummy peluk babah dia "puk" tangan mummy...hamboi....mummy menempel dekat babah pon dia jeles...siap dtg menempel sama...huhuhu
-dah boleh bg makan macam2 dah, satu persatu mummy cuba...tp favorite dia air kotak dutch lady perisa coklat.perisa stoberi dia alah sket kot,mudah cirit birit
-suka makan pisang dan lepas tu akan poo poo dgn lancarnya...hehehe
-idola dia adalah bajak, lori dan bas...
-pandai sebut/cakap "sakit" kalau ada menda yg dia tak selesa atau betul2 rasa sakit
-suka mandi especially dengan babah



Masa kat Shah Alam ari tu, sempat bawak anak teruna ni naik komuter, tu je la yg paling dekat kan?nak naik LRT kena carik stesen pulak..
Huhuu...ok jugak la anak teruna dpt naik komuter masa umo setahun lebih, mummy ngan babah dah tua bangka baru merasa naik tau???hahahha...sama gak ngan kapal terbang, umo 2 bulan dah merasa naik...mummy ngan babah umo lebih 23 tahun baru merasa naik wat pertama kali...kehkehkehkeh...

Add comment


Sunday, 21-Dec-2008 04:42 Email | Share | | Bookmark
DaLaM PEluKan HAtI

17hb-20hb Disember...saya ke Shah Alam untuk Conference 17th EMSM di Holiday Inn Glenmarie
Tak byk yg nak diceritakan pasal conference tu, sbb tak join sgt
Giler berdosa sguh pegi conference tp tak join...apa kes neh??? Ampun MOSTI...

Dikesempatan itu, wajarlah saya merapatkan silaturrahim dengan buddy, adik angkat dan besfren yg ada di sekitar Lembah Kelang itu. Ye ler...bila lagi mahu berjumpa kan???

18hb saya bertemu dgn Puan Buddy saya, Nor Ilfa Md Nor yg tinggal di Ampang Selangor
Saya kenal beliau masa menuntut di MRSM KT...macamana buleh jadik buddy???
OOhooo...sebabya kami sama2 HOMESICK...asek NANGES nak balik rumah...selalu kena DENDA dgn CIKGU KIMIA...sbb kami TAK PANDAI KIMIA...so dari situ kami rapat dan berkawan baik...berpisah lepas abis SPM tp still keep in touch...smpi la sekarang.Beliau dah ada anak 2...iaitu Farah Amani 2 tahun dan Muhammad Aqil (yg sgt debab, gebu...gerammmmmm) baru nak masuk 3 bukan sudah pakai pampers saiz M...

19hb pula bertemu dgn satu2 nya adik angakt saya yg masih keep in touch... (yoo...saya ramai kah adik angakt?kemaruk mahu ber adik, langsung mengambil adik angkat yg tidak berdaftar dgn Jabatan Pendaftaran, hahaha)
Beliau adalah Azatul Husni dari Sg BUloh.Masih menuntut degree dlm bidang Pemakanan...dulu beliau ambil jurusan Chef...sgt pandai masak...penah bg resepi Apple Pie tp saya tak penah buat...
Mcm mana saya kenal beliau???Hahahah...sgt telenovela ceritanya...Beliau mengutus surat pada sy , dpt alamat dari majalah apa yea???Majalah Dewan Pelajar kah, Kuntum kah atau Majalah Bujal??? Masa tu beliau baru darjah 2 dan saya darjah 4. Buleh imagine kah bagaimana kanak2 sekecil itu sudah pandai berutus surat???Jgn under estimate kebolehan saya megutus surat tau...sila tanya pda Encik Suami saya...hahahahah
So perkawanan sy berakak-beradik angkat dgn Aza terjalin smpi kami besa,masuk sekolah menengah, masuk U, kerja,saya kawen dan ada anak...kiranya dah lebih 18 tahun kami kenal, cuma masa tahun 2005 baru la kali pertama kami bersua...di Pasaraya Giant Kelana Jaya...hehehe dan saya penah tumpang tidur di rumah keluarga Aza semasa saya ke Shah Alam untuk testing material di SIRIM, sbb takut nak tido sorang kat umah tetamu SIRIM yg sgt "haunted"...kehkehkeh

20hb saya invite besfren saya, bakal DR. Norainiza Saud utk lunch di otel Holiday Inn...maaf kepada beliau kerana terpaksa tgu saya 2 jam di dalam kete depan DRB HICOM...beliau sgt jujur , tidak mahu lepak2 di hotel tanpa kehadiran saya...padan la muka kena tgu dlm kete sambil dengar radio siaran langsung pernikahan Mawi-Ekin...sedangkan saya sedang seronok bawa anak teruna naik komuter dan sempat singgah PKNS beli tudung...saya sgt jahat kan???(pss...tak pe, dia tak baca fp saya neh)
Saya kenal beliau masa matrikulasi di KMK Kulim. beliau sgt NERD waktu itu, takut mahu ke bandar KULIM jalan2, takut kena culik kot?Beliau jugak sgt alim waktu itu, balik kg naik bas pakai baju kurung...hahahahha Tapi beliau mmg budak baik, bila kawan dgn dia, saya pon jadi baik sama la mcm sekarang neh...hahahah


naper faheem pelik semcam tgk muka aza tu?ehehe Fri 26-Dec-2008 02:43
Posted by:buddy
buddy, agaknya dia tgk muka aza cam muka mummy dia kot?
fahmie pon cakap muka aza mcm muka saya...huhuhu
Fri 26-Dec-2008 03:47
Posted by:mummy faheem  - [Link]
sebab fahemm terpegun tgk auntie dia yg comel neh.. hahahahaha Thu 22-Jan-2009 16:08
Posted by:aza
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com