 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
azwin's FotoPage [img]http://farm4.static.flickr.com/3005/2987292473_e2141ab999_m.jpg[/img] By: Mummy Faheem
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 24-Jan-2009 00:36 |
Email | Share | Bookmark |
|
BeRjUta WaRna PelAngi Di DAlam Hati...
|
|
Entry khas utk rumah No 7 Jalan Sri Idaman 3 Taman Sri Idaman
Seingat saya, tarikh pertama sy menetap di rumah ini, 13 Sept 2005
Berbekalkan 2-3 bijik beg baju, sekeping tilam bujang dan beberapa aksesori tambahan sy memulakan hidup dirantau org
Rumah ni sy share dgn Azura, staf dari skull computer yg awalnya sy tak kenal langsung pon,hihihi kira gamble abih la ni…
Masa tu rumah yg beliau sewa seorang diri ni pon tak de apa2 brg , hanya ada brg2 dlm bilik beliau dan sebijik meja lipat wane merah dan 2 bijik kerusi merah,sehelai tikar berwarna hijau… itu sahaja.Sewa pulak rm250 per month
Lepas tu, 6 bulan kemudian saya bernikah dgn pasangan saya (giler skema ayat) dan kebetulan Azura pon further stadi di UM…saya tak halau dia tau,mmg dia akan further stadi…so duduk la saya sorang di rumah tu
Errmmm..penghijrahan saya ke rumah baru nanti dan meninggalkan rumah ni setelah menetap hampir 3 tahun 2 bulan, mmg agak melankolik utk saya.Byk kenangan terindah di sini…
Dari zaman saya single, smpi dah jadik double dan skrg triple
Dari zaman tak de anak smpi anak dah sorang ( lum anak dua lagik)
Dari zaman beg baju 2-3 bijik dan sikit aksesori smpi dah jadik berbijik2 beg baju, kotak, katil, meja, kerusi, almari, blaa blaaa..
Tapi yg tersangat indah tentulah kenangan utk si comel saya
Disinilah dia bersama saya selama 9 bulan (bulan yg ke 10 sy dah bercuti, hehehe), di dalam kandungan
Disinilah dia membesar , berdua bersama mummy dia, dengan ayunan buai, dodoian
Disinilah saya menyaksikan percubaan dia utk meniarap
Disinilah makanan pertama dia saya masak ketika usia dia 4 bulan
Disinilah juga saya sokong belakang badannya ketika dia mahu belajar duduk sendiri
Disinilah terdengar sorakan sokongan moral yg tidak berbelah bagi utk dia tatkala dia mahu memulakan rangkakkan pertama dia sempena Hari Ibu, 11 mei 2007
Disinilah first step dia yg saya tunggu2 (rugi sgt2…saya lupa tarikhnya bila, yg pasti ianya sebelum dia mencecah usia setahun)
Disini saya dihiburkan dgn tawa, tangis,keletah dan aksi2 manja dan nakalnya
Dan
Disini juga tempat saya melihat pembesaran anak saya, dari satu ke satu perubahan, melihat dia jatuh dan bangun, memujuk tatkala dia menangis, dan sering juga memarahinya bila dia buat perangai( suara saya boleh sampai lingkungan radius empat dan lima buah rumah berdekatan)
Tak lupa jugak
Disinilah juga menjadi saksi tangisan dan air mata saya
Kalau dulu, sendu berjauhan dari suami
Seringkali juga rintihan bila sakit2 biasa utk ibu hamil, alahan2 awal kehamilan, tak kurang juga kejang kaki, sakit belakang, sakit perut
Penah juga seketika, hiba berjauhan dari sang anak
Dan suatu ketika juga, esakan di tengah malam tatkala si kecil mengejutkan lena langsung saya tak tidur sampai pagi, hehehe.Lalu pegi keje dgn mata sembab dan bengkak
Disinilah juga dicoret episod2 saya bersengkang mata, mendodoi si anak, melagukan zikir2, nasyid2 dan juga lagu kanak2
Hurmmm…saya pasti rindu akan kenangan2 terindah ini
Hijrah ini mungkin ruang utk saya dan 2 hero F mencipta kenangan2 terindah yg lain pula…
Cuma ada sesuatu yg mungkin paling seronok dan lega utk saya ialah…tiada lagi bunyi bising yg dikeluarkan oleh jiran2 saya, tak kira yg tua atau yg muda.Harap2 rumah baru nanti akan lebih harmoni dan tenang…insyaAllah…
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|